National Construction Information Platform (NCIP) merupakan hub informasi data raya dan analitik sektor pembinaan bersepadu di peringkat Kementerian kerja Raya. Usaha ke arah membudayakan data raya di peringkat KKR dan agensinya adalah seiring dengan Dasar Pembinaan Negara (National Construction Policy-NCP) 2030 dan dasar-dasar Kerajaan yang lain.

NCIP melibatkan pembangunan modul analitik di bawah empat tema utama iatu Analitik Prestasi dan Kualiti Projek; Analitik Prestasi dan Kualiti Kepakaran dan Kemahiran; Analitik Daya Saing dan Kompetitif Perundangan Sektor Pembinaan; serta Analitik Daya Saing dan Kompetitif Perniagaan dan Industri Pembinaan.