Nombor coding
WK.1.2022.25
Terbitan
KKR Kementerian Kerja Raya
BPK Bahagian Perancangan Korporat
Kluster
Garis Panduan
Status
Berkuatkuasa
Tahun
Versi
Digital
Kategori
Terbuka
Ringkasan
Kandungan Buku Panduan Bidang Kuasa Menteri dan Pegawai Pengawal Kementerian Kerja Raya ini merupakan kompilasi dan penerangan yang berkaitan dengan bidang kuasa Menteri Kerja Raya dan Pegawai Pengawal berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, akta-akta yang telah diluluskan di Parlimen dan pekeliling-pekeliling berkaitan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Idea penghasilan buku ini pada awalnya telah dicetuskan semasa Kementerian Kerja Raya (KKR) berada di bawah kepimpinan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya iaitu YBhg. Dato’ Dr. Abdul Munit bin Kasmin. Buku ini telah berjaya diterbitkan dengan cetakan pertama pada tahun 2008 dan cetakan kedua pada tahun 2009. Seterusnya, bagi memastikan setiap daripada warga kerja KKR sentiasa mempunyai sumber rujukan dan panduan dalam melaksanakan tugas, YBhg. Dato’ Wira Wan Ahmad Uzir bin Hj. Wan Sulaiman, mantan Ketua Setiausaha KKR telah menyarankan agar buku ini dapat diterbitkan semula untuk cetakan yang ketiga (Tahun 2022) dengan membuat beberapa pengemaskinian kepada undang-undang, peraturan dan pekeliling semasa yang masih relevan dan masih digunapakai untuk panduan setiap warga kerja KKR.