Nombor coding
WK.5.2022.53
Terbitan
KKR Kementerian Kerja Raya
BPF Bahagian Pengurusan Fasiliti
Kluster
Pengurusan dan Pentadbiran Umum
Status
Berkuatkuasa
Tahun
Versi
BILANGAN 1
Kategori
Terbuka
Lampiran
Ringkasan
> Pelan strategi ini dibangunkan khusus untuk semua peringkat Unit Pengurusan Fasiliti (UPF) Kementerian, Jabatan dan Agensi dalam menguruskan aset – aset tak alih milikan Kementerian Kerja Raya (aset bangunan dan aset infrastruktur).

> Matlamat PSPA (O) dibangunkan adalah untuk :
i. Menyediakan perancangan strategik di peringkat penerimaan sehingga pelupusan aset tak alih
ii. Memastikan keberkesanan tadbir urus dalam pelaksanaan aktiviti Pengurusan Aset Tak Alih (PATA)
iii. Memastikan PATA dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan

> Terdapat enam (6) aktiviti di dalam pengurusan aset yang perlu mematuhi setiap polisi yang telah digariskan, sembilan (9) kaedah pengukuran yang perlu diguna pakai dan dua puluh (20) sasaran yang telah ditetapkan
perlu dicapai dalam tempoh 5 tahun pelaksanaan pelan strategik ini.

> Tadbir urus berdasarkan MPAM hendaklah diwujudkan di semua peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi dalam tempoh 5 tahun pelaksanaan pelan strategik ini