Nombor coding
WK.2.2021.2786
Terbitan
KKR Kementerian Kerja Raya
BDA Bahagian Dasar dan Antarabangsa
Kluster
Pengurusan Dasar Umum
Status
Berkuatkuasa
Tahun
Versi
1
Kategori
Terbuka
Ringkasan
YB Menteri Kerja Raya telah melancarkan Dasar Pembinaan Negara 2030 (NCP2030) yang bertemakan 'Mendigitalkan Sektor Pembinaan' pada 9 November 2021. Bagi memastikan anjakan paradigma dalam sektor pembinaan, Dasar Pembinaan Negara 2030 bertujuan untuk mempercepatkan pengadapatasian teknologi dalam semua proses kerja sebelum, semasa dan selepas dalam kitaran lengkap pembinaan dengan menangani masalah persekitaran seperti perancangan pembangunan, pelaksanaan reka bentuk, perolehan hijau, kaedah pengurusan pembinaan, operasi dan penyelenggaraan aset, pengurusan aset, pengubahsuaian dan perobohan struktur serta pembangunan karbon yang rendah.

NCP 2030 secara umumnya akan menjadi dasar utama yang dirujuk bagi memandu arah dan memacu sektor pembinaan negara secara keseluruhan dengan menekankan kepentingan kelestarian, daya saing dan modal insan ke arah membangunkan negara yang makmur, mampan dan inklusif.