Nombor coding
WK.1.2021.31
Terbitan
KKR Kementerian Kerja Raya
BPF Bahagian Pengurusan Fasiliti
Kluster
Garis Panduan
Status
Berkuatkuasa
Tahun
Versi
VOLUME 1.0
Kategori
Terbuka
Ringkasan
> Pembangunan dokumen garis panduan ini adalah bagi menyelaras pengurusan kuarters persekutuan di bawah kawalan Kementerian Kerja Raya Malaysia yang terdapat di semua negeri di Semenanjung dan Labuan

> Matlamat Garis Panduan ini dibangunkan adalah untuk:
i. Menyelaras pengurusan penyewaan kuarters di peringkat Kementerian/ Jabatan;
ii. Memastikan pengurusan aset kuarters mematuhi Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA) Kerajaan;
iii. Memastikan kutipan hasil sewaan dikutip ke saluran yang betul; dan
iv. Memastikan dokumentasi dalam pengurusan kuarters lebih komprehensif dan berkesan

> Garis Panduan ini menerangkan dengan jelas berkaitan tugas dan tanggungjawab pegawai yang terlibat, prosedur pengurusan penyewaan kuarters kepada pegawai Kerajaan Persekutuan dan orang awam dan dokumen-dokumen berkaitan yang diwajibkan untuk diguna pakai.