Nombor coding
WK.1.2017.37
Terbitan
KKR Kementerian Kerja Raya
BPJ Bahagian Perancang Jalan
Kluster
Garis Panduan
Status
Berkuatkuasa
Tahun
Versi
2017
Kategori
Terbuka
Lampiran
Ringkasan
Berdasarkan data Jabatan Statistik Malaysia (2016), jumlah populasi penduduk di Malaysia pada tahun 2016 adalah dianggarkan seramai 31.7 juta orang dengan pertambahan sebanyak 0.5 juta berbanding tahun 2015 dengan unjuran pertumbuhan trafik tahunan bagi 2016 adalah 1.48% (RTVM, 2016). Senario pertambahan populasi penduduk tersebut menunjukkan bahawa jumlah kenderaan yang akan menggunakan rangkaian jalan Persekutuan dan Negeri juga akan meningkat. Pada tahun 2016, sebanyak 28,000 kenderaan telah didaftarkan di Malaysia. Jangkaan kesesakan trafik di rangkaian jalan-jalan ini amat membimbangkan.

Sehubungan itu, perancangan pembangunan infrastruktur jalan yang lebih sistematik amat diperlukan. Antara perancangan
pembangunan infrastruktur jalan ini termasuklah:

i. Menaiktaraf jalan sedia ada
ii. Menambah bilangan lorong
iii. Pertambahan akses/persimpangan
iv. Menaiktaraf persimpangan