Nombor coding
WJ.1.2020.369
Terbitan
JKR Jabatan Kerja Raya
CSFJ Cawangan Selenggara Fasiliti Jalan
Kluster
Garis Panduan
Status
Berkuatkuasa
Tahun
Versi
2020
Kategori
Terbuka
Lampiran
Attachment Size
43 JKR_Statistik_Jalan_Malaysia_2020.pdf 54.28 MB
Ringkasan
Buku statistik ini mengandungi data-data jalan Persekutuan dan jalan Negeri mengikut negeri bagi memudahkan rujukan pembaca. Selain panjang jalan yang diwartakan, informasi berkaitan had laju dan had berat juga disertakan bagi memudahkan pembaca mengenalpasti had laju dan kapasiti beban kenderaan berat di sesuatu jalan. Bagi jalan Negeri, peruntukan penyenggaraan mengikut tahun yang disalurkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia menerusi Sistem Marris Online turut disertakan.

Terkini, Buku Statistik ini turut menyertakan maklumat panjang jalan yang disenggara oleh Kementerian selain Kementerian Kerja Raya.
Dengan adanya keseluruhan maklumat ini, adalah diharapkan agar jurutera-jurutera di JKR dapat merancang dan menyenggara jalan dengan lebih efisien agar agihan peruntukan yang lebih efektif dan perbelanjaan optima dapat dilaksanakan. Selain itu, maklumat seperti Warta Larangan Penggunaan Jalan bagi kenderaan berat turut disertakan bagi memaklumkan kepada JKR Negeri dan JKR Daerah terutamanya berkaitan larangan masa berkala bagi kenderaan berat melalui jalan Persekutuan.