Nombor coding
WA.1.2023.572
Terbitan
LAM Lembaga Arkitek Malaysia
Kluster
Garis Panduan
Status
Berkuatkuasa
Tahun
Versi
1
Kategori
Terbuka
Klasifikasi carian
Ringkasan
Pekeliling Am ini dikeluarkan untuk memaklumkan semua Arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (Lembaga) bahawa Kaedah 30A(3) telah diliputi di bawah pindaan Kaedah-Kaedah Arkitek 1996 yang telah diwartakan dan mula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2022.

“(3) Dalam hal suatu pertubuhan perbadanan yang didaftarkan sebagai praktis perundingan seni bina yang mempunyai pengarah tunggal, pengarah itu hendaklah merupakan seorang Arkitek.”.

Kaedah 30A(3) diperkenalkan bagi membenarkan praktis pertubuhan perbadanan dengan pengarah tunggal. Seorang Arkitek dibenarkan untuk menjalankan kedua-dua praktis ketuanpunyaan tunggal dan praktis pertubuhan perbadanan dengan pengarah tunggal dalam satu-satu masa.