Nombor coding
WA.1.2023.551
Terbitan
LAM Lembaga Arkitek Malaysia
Kluster
Garis Panduan
Status
Berkuatkuasa
Tahun
Versi
1
Kategori
Terbuka
Klasifikasi carian
Ringkasan
Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development - CPD) ialah proses pembelajaran sepanjang hayat bagi mengekalkan atau meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia yang terdiri daripada Arkitek, Arkitek Siswazah, Pelukis Pelan Bangunan Berdaftar, Perekabentuk Dalaman, Perekabentuk Dalaman Siswazah, Pemeriksa Tapak dan Teknologis Senibina untuk memastikan pengetahuan dan kemahiran profesional teknikal mereka dapat memberi perkhidmatan yang relevan mengikut keperluan masyarakat.

Kod Tatakelakuan yang berkaitan di bawah Kaedah-Kaedah Arkitek 1996 mengenakan tanggungjawab kepada ahli yang berdaftar untuk melaksanakan kemahiran dan ketelitian yang munasabah yang diterima oleh profesion. Bagi keperluan ini, Lembaga menetapkan keperluan memperolehi CPD ke atas ahli yang berdaftar sebagai tanggungjawab setiap individu.